Cinta Itu BESAR Pengertiannya..
Cinta itu HIDUP.
Cinta ibarat manusia, boleh berputik,
lalu mekar serta boleh layu dan gugur.
Cinta itu punya deria dan perasaan.
Cinta mendengar cinta,berkata cinta
dan melihat pun cinta..
Cinta adalah segala-galanya.
Sayang,benci,cemburu,gembira,
sedih,tenang,tertekan,ketawa
dan menangis.
Cinta itu hidup sampau satu ketika ia
akan menemui mati.
Tapi ramai org berharap agar cinta itu
kekal selagi mereka masih hidup dan
tetap hidup walaupun telah mati.
Sebagaimana yg byk dikatakan org,
cinta itu suci.
Sucinya cinta bukan bermakna ia
tidak mengharap balasan.
Cinta mengharap balasan cinta.
Suciny cinta bermakna ia tidak
bernoda dan tidak pula berdosa.
Itulah sifat asal cinta, ia suci
bagaikan anak yg baru lahir.
Mereka yg kenal erti cinta akan
cubamengekalkan cinta itu
sesuci mungkin.
Mengekalkan cinta suci bermakna
menjauhkan ia dari godaan nafsu
yg tidak ada batasan.
Kerana nafsulah cinta suci jadi
bernoda dan berdosa.
Cinta itu bukan saja indah tapi
mempersonakan.Ia bukan
kerana cinta itu nakal sifatnya
tapi kerana ia suci dan bersih.
Ia adalah sebagaimana
anda melihat pada anak kecil
yg comel dan bersih. Dia senyum
pada anda dan merapati
anda.Anda terpesona kerana bukan
sahaja ia comel, tapi kerana dia
adalah insan yg tidak berdosa.
Kerana sifat cinta yg mempersona ini
selalunya manusia itu berbuat silap
bila bercinta.Apa saja yg dilakukan
oleh kekasihnya..mempersonakannya
dan nampak cantik serta betul
walaupun itu adalah satu dosa
dan akan menodai cinta itu sendiri.
Itulah juga yg menyebabkan org yg
bercinta itu walaupun seorang yg
bijaksana akan menjadi bodoh
keranapesona cinta. Akal itu mempu
dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu
tidak bisa dikalahkan melainkan
jika anda sentiasa ingat kepada
Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu bukti cinta?
Cinta perlukan bukti.
Ramai org percaya bahawa bukti
cinta itu ialah mengorbankan atau
menyerahkan apa saja yg kekasih anda
mahu. Mereka percaya jika itu tidak
berlaku, maka cinta itu tidak tinggi
nilainya. Sebenarnya anggapan itu
tidak tepat. Jika anda beri semua yg
dia mahu, apakah yg tinggal pada anda?
Benarkah dia mencintai pada anda bila
dia mahu pengorbanan anda? Cinta
sejati tidak memusnahkan atau
merosakkan diri kekasih yg dicintai.
Malah ia menjaga agar kekasih tetap
suci dan selamat sebagaimana sucinya
cinta itu sendiri.
'JANGANLAH HENDAKNYA
PERCINTAAN ANDA TERHADAP
SESUATU ITU MEMBUATKAN
ANDA MENJADI LUPA DAN
KEBENCIAN ANDA TERHADAP
SESUATU ITU MEMBUATKAN
ANDA MENJADI HANCUR"
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home