[ [ * . Lin's Deli Creations . * ] ]

Thursday, March 15, 2007

Pantang Lelaki... Khekhekhe...

Mengapakah
SUKAR
lelaki dan wanita
untuk berkomunikasi??
Mungkin wanita tidak sedar wujud beberapa pantang yang mudah menjadi pemicu kemarahan golongan Cik Abang...
Lelaki "BINGIT" apabila wanita:
  1. Ungkit kisah lama - Anda marah & kerana kemampuan wanita mengingati sesuatu peristiwa dgn terperinci, anda mengomel sambil mengungkit kisah 10 tahun lalu. TETAPI... Cik Abang bertanya: "AH? Apa kena mengenanya?"
  2. Banyak soal - Wanita suka berdialog, umpamanya beliau ingin tahu di mana lelaki itu mkn tadi, dgn siapa & apa yg dibualkan TETAPI.. Lelaki salah fahan & menganggapnya seperti disoal inspektor polis.
  3. Bersaing dengan dirinya - Beliau sdg bercerita dgn anda tentang perangai bos di tempat kerja. Bukannya beliau ingin anda mendgr keluhannya sebaliknya bercerita panjang lebar tentang diri sendiri. Lelaki menganggap anda sdg bersaing cerita dgnnya sdgkan apa yg beliau mahukan ialah utk anda mengatakan beliau betul & bosnya salah.
  4. Perlakukan mereka bak anak kecil - Mereka tdk perlukan seorg lagi ibu utk memperbetulkan gaya, ckp & pakaian mereka, bertanya mengapa tgk melakukan begini & begitu.
  5. Mengongkong - Bkn beliau tdk mempedulikan anda. Sebenarnya ramai lelaki perlukan ruang utk menyendiri. Mereka kdgkala perlu berinteraksi dgn kaum sejenis mengenai perkara-perkara yg hanya mereka fahami.
  6. Menuduh - Wanita suka berbicara bak dirinyalah menjadi mangsa skali gus membuat lelaki berasa bersalah, Misalnya: >>Wanita:Baju Mana yg cantik, merah ke biru? >>Lelaki:Entah, suka hati awak. Dua-dua cantik. >>Wanita:Awak mmg tk ambil endah. Semua tk tau!!!
  7. Cakap berputar belit - Cara perbualan, penyampaian & menceritakan sesuatu dgn amat terperinci & panjang lebar seolah-olah tiada penghujungnya membuat lelaki bosan kerana apabila berbual, lelaki lebih fokus.
  8. Tidak tahu simpan rahsia - Mungkin wanita rasa tdk bersalah memberitahu teman bahawa suaminya berdengkur amat kuat & cerita begini menggelikan hati TETAPI.. Lelaki menganggapnya kesalahan besar..
  9. Bertanya sayang ke tidak - Pertanyaan seperti, "Awak syg saya tk?" buat skali dua tdk mengapa TAPI kalau ditanya berulang kali boleh membuatnya bosan..
  10. Kata "tak ada apa-apa' - Apabila anda mematikan diri & mengharap mereka 'membaca' fikiran anda, anda membuat mereka berasa keinginan utk menolong ditolak & akhirnya, mereka pun meradang. Tercetuslah perang sengit.

Dengan memahami 'pantang-larang' kaum lelaki,

perkara-perkara yang boleh membuat mereka bosan yang

selalunya mencetuskan peperangan boleh dielakkan..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home